Khamis, 1 November 2012

Apa itu syafaat?

Asalammualaikum wbt

terasa seperti mahu berkongsi tentang ini
banyak kita dengar tentang syafaat 
kita berdoa untuk diberi syafaat pada hari di padang mahsyar kelak
tapi sejauh mana kita faham tentang makna syafaat itu sendiri?

ini aku baca dalam buku travelog haji muslimah. penulis Sabariah Md Udin
muku surat 219

Besar erti syafaat rupanya
Kesemua manusai akan berkumpul dan berbincang bagi mencari syafaat para Nabi
dengan tujuan supaya Allah melepaskan manusia daripada kepanasan matahari yang terik
dan mempercepatkan timbangan amalan manusia
Manusia akan dihitung amalan mereka sama ada mereka layak dimasukkan ke dalam syurga ataupun ke dalam neraka

Maka manusia pun beramai ramai berjalan selama 1000 tahu  mencari Nabi Adam. Sesudah menjumpai Nabi Adam, mereka pun berkata 
"Wahai Nabi Adam,engkaulah kekasih Allah yang dicipta dengan tanganNya, berilah kami syafaat untuk bermohon kepada Allah supaya dilepaskan kami daripada kepanasan hari akhirat ini."
Jawab Nabi Adam " Nafsi, Nafsi, (sendiri, sendiri) apalah pada diriku. Aku pun ada melakukan kesilapan, pergilah kalian mencari Nabi Nuh."

Lalu manusia pun beredar mencari Nabi Nuh selama 1000 tahunlagi dengan tidak ada perlindungan daripada panas matahari, kecuali oerlindungan Arasy bagi manusia-manusia yang tertentu.  Sesudah berjaya menemui Nabi Nuh, manusia berkata "Wahai Nabi Nuh, berilah kami syafaar untuk bermohon kepada Allah supaya dilepaskan daripada kepanasan hari akhirat"
Jawab Nabi Nuh, "Nafsi, Nafsi, apahal dengan diriku, Aku pun ada melakukan kesalahan dengan Allah, pergilah kalian mencari Nabi Ibrahim"

Maka berjalanlah manusia selama 1000 tahun lagi mencari Nabu Ibrahim dan apabila bertemu dengan Nabi Ibrahim, manusia pun berkata " Wahai Nabi Ibrahim kekasih Allah, berilah syafaat kepada kami supaya kami segera dilepaskan daripada kepanasan ini."
Jawab Nabi Ibrahim, "Nafsi, Nafsi, aku pun ada melakukan dosa dengan Allah, pergilah kamu mencari Nabi Musa."

Berjalanlah lagi manusia selama 1000 tahun dan ketika berjumpa dengan Nabi Musa, mereka pun berkata, "Wahai Nabi Musa yang berbicara dengan Allah, berilah kami syafaat supaya kami segera dilepaskan daripada kepanasan ini"
Maka Jawab Nabi Musa " Nafsi, Nafsi. aku pun ada melakukan kesalahan dengan Allah, pergilah kamu mencari Nabi Isa."

Manusia meneruskan 1000 tahun lagi perjalanan sehingga berjumpa dengan Nabi Isa dan manusia pun berkata, "Wahai Nabi Isa, berilah kami syafaat supaya kami segera dilepaskan daripada kepanasan hari akhirat." Nabi Isa juga menolak dan menyuruh supaya manusia memohon syafaat daripada Nabi Muhammad saw.

Sesudah berjalan selama 1000 tahun lagi, sampailah mereka kepada Nabi Muhammad saw, maka manusia pun segera memohon syafaat daripada Nabi Muhammas supaya mereka dilepaskan daripada kepanasan hari akhirat. 
Sebaik sahaj mendengar permohonan manusia, Nabi Muhammad saw terus sujud kepada allah dan bermohon supaya Allah melepaskan manusia daripada kepanasan padang Mahsyar itu dan supaya disegerakan hisab ke atas mereka.

ALLAHUAKBAR!

meluncur air mata saat aku baca cerita ini
ya Rasulullah..
sayang benar dirimu pada manusia
sedangkan kami masih gagal menjadi ummatmu yang terbaik
sepertimana yang engkau harapkan
Maaf ya Rasulullah

Sesudah Allah menerima permohonan Nabi Muhammad saw barulah perhitungan amalan dimulakan di mana yang baik akan menerima buku amalan dari tangan kanan, dan akan ke syurga
manakala yang ingkar akan menerima buku dari tengan kiri dan tempatnya di neraka.

MASYALLAH

tak dapat aku gambarkan keadaan dan saat2 nak terima buku amalan tu
sedang di dunia ni, kita nak g amik result spm pon cuak je rasanye
apatah lagi ini.

Beribu tahun kita berjalan di padang Mahsyar
semata2 utk mencari syafaat
ya. dan hidup didunia ini hanya sementara
jika nak dibandingkan dengan beribu tahun di padang mahsyar
dunia ni singkat
terlalu sekejap
ada orang smpai 60-80-90 tahun perjalanan hidupnya
tapi itu kira lama
kerana mati tak tunggu hingga kita tua
andai kita mati saat ini?
terlalu singkat hidup jika dibandingkan dengan di akhirat kelak
dan dari itu, aku dapat kekuatan
apalah sangat ujian di dunia yang Allah berikan
sedang dunia itu tidak kekal
apatah lagi jika kita mengharap pada yang tak pasti?

ya ukhti muslimah
perjuangkan dirimu
tinggikan martabatmu
andai manusia disekeliling mencaci penampilanmu
pedulikan
kerana dunia ini sekejap!
andai ada yang menyakiti hatimu
la tahzan!
kerana dunia ini sementara!
andai apa yang dihajati tidak terhajat
terus berdoa!
kerana dunia ini tidak zalim. malah jika kita berdoa yang terbaik.
maka Allah beri perancangan yang paling indah.

Subhanallah
Semoga kita sama2 mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW kelak.
Aamiin..

Hati



Aku bilang pada Allah
Supaya terus pegang tanganku jangan lepas dari perjalanan ini
Padahal sebenarnya Allah memang tidak pernah tinggal aku sendirian

Aku bilang padaNya
Yang aku tidak mampu untuk kuat
Padahal sebenarnya Dia telah titipkan kekuatan dalam hatiku tanpa aku sedari

Aku persoalkan pada Allah
Kenapa beri aku dugaan ini
Padahal sebenarnya Allah beri dugaan hanya untuk meningkatkan imanku 

Aku terus tanya Allah
Adakah aku ini hambaMu yang beruntung
Padahal aku tahu jawabanNya. Allah rindu aku. Lalu dia beri aku ujian dan kini aku tangis bersama dalam sujud syukurku

Allah
Aku masih tak mampu untuk mengerti
Perancangan apakah yang sedang Kau atur
Allah
Aku hanya akan bersamaMu tanpa jemu
Berdoa padaMu tanpa pernah berhenti
Menyakinkan diriku bahawa Engkau As Saami
Allah
Tetap andai itu suratan
Maka aku berserah
Redha walaupun redha itu ikhlas
Pasrah walaupun pasrah itu menyerah

Ya Allah..
Ya Rasulullah..
Aku rindu.



Hujan ini buat aku fikir

Its raining outside..
And i just feels that i couldnt sleep
Even the whether was so comfy to sleep tight.

What am i thinking about?
What am i feels right now?

Dear Allah.. Who make my heart like this?
You know Allah..
You know
And i know
U will know how i feels
And i also know 
Sometime u will give me something that i couldnt ever imagine
And i know Allah..
That i have to be patience

MasyAllah.

But i cant stop lying to myself
I cant
Allah. I cant. Im really sorry






Rabu, 31 Oktober 2012

Istikharah Cinta





Hamba itu lebih hampir kepada Tuhannya, apabila dia bersujud
Pada saat itu hati mula pasrah, segalanya terjawab melalui istikharah
Istikharah hari mendebungakan cinta dan menemukan jawapan
Jawapan yang pasti, dalam memburu cinta Ilahi. 
Percaya pada doa
Percaya pada Allah
Percaya pada hati
Percaya pada qada dan qadar
Jangan pernah merasa sangsi dengan perancanganNya
Allahuakbar. 
Maha Besar






My Wishlist.

Asalammualaikum wbt

Today is thursday
Malam ni malam jumaat
Banyakkan berdoa.. Bukan pd malam jumaat je
Malam2 lain pun Allah tak pernah berhenti untuk mendengar doa kita
:)

Semua orang ade impian, harapan, keberanganan.. Hihi
Semua org kan?
Kalau yg x de impian tu mmg hati dah kering tu der
Even kalau tanya kate middleton pun yg kite assume die almost perfect woman ever
Confirm die masih ade impian yg dia nak lagi.
Apatah lagi kita..

Ini lak wishlist yg aku keberanganan dari usia 1 bulan lagi 

1) aku nak jadi cikgu.
 Kenapa? Sebab jadi cikgu ni banyak sangat pahalanya. MasyAllah. Tak terhitung dek jari runcing aku ni. Dan i almost get the clue, pernah keluar stu tempat tu tapi lupa kat mana, they ask me, cikgu ke? Then i answer, tak la makcik, saya amek pengurusan pejabat je. Dok ketuk2 keyboard tu la keje saya nanti. Dulu, masa sekolah..berangan dengan siti normah(kwn aku yg garang n kuat merajuk tapi hati baik wo) , berangan dengan dia dalam kelas kosong. Sambil tiru gaya2 cikgu yang lain. "ok murid2 , pastikan semua homework saya siap!" skrip normal bile berangan.
Konon2 depan ade murid la, padahal hampeh, syaiton je tengah duduk kat situ gelakkan aku sebab berjaya buat aku berangan angan mernghabiskan mase senggang. Kuangjo punye syaiton.


2) Iphone5
Ini tok sah cakap banyak la. Ini perlu effort. Tapi aku memang gile apple. 

3) Istiqomah
Allah dan aku saja yang tahu. Malas nak gebang kat sini nanti korang cakap aku show off la ape la. Ceit!

4) Nak duduk oversea
Ini aku x tahu la, kecelaruan emosi kayaknya. Tadi nak jadi cikgu sgt. Pastu ni nak dok oversea lak. Kehkeh. Tapi aku memang teringin. Suke tgk org malaysia yg bermahutastin (abaikan spelling dlu b- je u olls) kat sane. Bestttnye! Lagi2 kalau dapat dduk kat korea. Ya Allah..rasa macam nak recording winter sonata versi jawa-bugis je kat sane! Nak dok oversea bukan sbb aku tak suka malaysia, tapi i dont know why, cuma nak tinggalkan malaysia yang banyak sangat pahit manis maung ni. Eh tapi, bukan nak jauh dr family okkk, family always comes first. I love my family. Cume kalau ditakdirkan aku dapat menapak diri kat oversea...im sure family aku pon seronok sebab dorg pon boleh join aku sekali sekala kat oversea tuh! -ok da stop, berangan tak sudah ko sue! 

5)  Belajar edit gambar
Kehkeh! No comment ! :p

6) Love after marriage
Poyo pon poyo la. Janji Allah suka. 


Ok buat masa ni, ini je. Tapi actually banyak lagi. Yang lain tu simpan dalam hati and doa je la suha. Bgitau korg pun bukan korg nak buat derma amal untuk beli iphone5 pon.  Amal la sgt tu!? Hihi.

Ok see u soon!
Have a great day
Sabar itu separuh dari iman
Separuh tu banyak taw! 
Kalau makan kek separuh tu boleh kenyang wo!
So sabar tu besar maknanya.
:)






im touched!

Allah!

seriously. im touched.
im touched with this kind of man.
salute him and her.
so much!


link. tengok cepat.
tengok.
sekarang dorg da kawin and dena pregnant already

Ya Allah.
Maha Adil. Maha Suci. Maha Bijaksana.

SubhanALLAH..

im also crying when i watch this video.

tersentuh!

Cinta berlandaskan Allah.
and thats why
im awaaaay from my facebook
im afraid, i couldn't have this super fairy tale story like this
im afraid, i cant stand my heart to be loved again. and hurt again

i dont afraid

because Allah is beside me
if he want me
he will ask Allah to love me

and yes.
im on my way to be your complete princess ever.

so not need to worry to love me before u see me
no need to hear my voice
no need to feels my soft hand
no need!

just need your pray to Allah
and my heart will step into your wishes.

Aamiin..

=)  

my facebook has been deactive

im away form facebook
because i think i spent so many waste time to login, see notification, click inbox, approve friend!
sorry for that
i just want to be alone
alone from dunia.
away from perkara lagha

maaf semua.

pergi tanpa ucap selamat

insyAllah aku akan kembali

tapi di sini aku akan tetap titipkan perasaan

supaya jika aku mati
kamu bisa baca dan fahami

supaya jika aku tiada
kamu tahu langkah mana mahu ambil

supaya jika nasuha hanya tinggal kenangan
kamu tahu aku punya ayat bermanfaat untuk bekalan di kubur

ya ukhti muslimah.
teruskan kuat
teruskan tabah
teruskan.
selagi nafas masih ada
teruskan.


Titipkan aku kekuatan

Rabbi..
Tulisan ini untuk Mu Allah..
disaat aku sedang seperti kini
tangis dan terus nangis
kecewa dan terus luka
kau telah titipkan aku kekuatan
kerna kini
aku masih lagi bisa nafas
aku masih lagi bisa hidup
aku masih lagi bisa doa

aku perlu masa
dan bantu aku Allah


Isnin, 29 Oktober 2012

Raya Haji is awesome and full of blessing!

Asalammualaikum wbt

hows your Raya haji eberione?
best kan dapat gathering together dgn semuaaa family mak cik pakcik sepupu sepapat dua pupu tiga papat.. and so on

ini lak raya haji aku
Alhamdulillah.. Allah beri rezeki pada mak dan ayah.
dan Alhamdulillah.. rezeki ini dapat di kongsi oleh semua

Step 1: expertise datang dekat usha2 lembu tu

boot kuning phua chu kang itu adalah tok kelar nye!
nmpak x nampak x gaya dia
dari belakang da nmpak ke"expert"an die dalam menghandle binatang itu
walaupun die hampir terlupa nk datang cini jadi tukang sembelih
padahnya petang dalam pukul 6 baru dia sampai
tu la schedule pack sgt, kalah aaron aziz u ollssss..
tp pok cik boot kuning ni bagus taw, 
tok kadi paling ngetop kat kulai
kalau boleh semua nk amek die
sebab dia kadi paling sempoi and kelakar!=)

Step 2: Serius ni aku pun tutup mata, tok imam tuh bawak jeep u olls, semata mata nk tumbangkan lembu tu, bg aku, guna tenaga lelaki je da ok kot.. x perlu jeep tu, tp dia lebih expert dr aku! diam ko sue! *ceit*


Step 3: Lembu kata dalam hati " tak payah nk bawak jeep berbagai sangat la, aku leh tumbang sendiri la.."


ok ni penonton yg TENGOK. hihi. gagah kan dorang, semua lelaki tapi semua pon TENGOK macam aku.  hihi

Proses melapah di tengah malam

dan ini aku. bukan gheti nk tlg orang masak sup lembu tuh, asyik dok berangan je kejenye ko sue!


ok thats my raya haji.
Alhamdulillah..
rasa bersyukur Allah swt masih temukan raya tahun ini
tahun hadapan?
Wallahualam..
ok bai semua!
asalammualaikum=)



Tinta Buat Adamku

Wahai bakal adamku,
Sungguh, aku tidak menginginkan cintamu lagi
Malah aku tidak mahu segala kata kata madumu
Apatah lagi jika engkau persembahkan aku segunung harta kekayaan dunia
Sungguh! bukan itu yang aku mahukan.

Tapi aku mahukan kebenaran hatimu
juga ketulusan yang akan menyakinkan hatiku
bahawa engkau adalah kiriman dari Tuhan Maha Esa, As Saami'
untuk menjaga seluruh aku dan hidupku kelak
juga membentuk akhlak ku walaupun tidak setanding akhlak Siti Khadijah r.a
tapi jika dengan adanya engkau, aku rasa sempurna didalam kekurangan
Maka pandulah aku dan hatiku ke jalan yang pastinya lebih terang dan tenang

Bakal Adamku dan pendampingku..

Jangan mengharapkan aku untuk menjadi secantik wanita lain yang kau lihat
kerana aku tidak akan selamanya begini
Jangan meyakinkan dirimu yang aku ini manusia yang tidak pernah ada silapnya
kerana aku cuma aku, wanita biasa yang punya silap lantas perlunya engkau untuk memegang tanganku erat dan jauh itu
Jangan terlalu merasakan aku akan sentiasa tersenyum untukmu,
kerana aku ini wanita, yang punya 9 nafsu dan cuma 1 akal untuk berfikir.. dan dgn itu, aku tidak akan selalu bisa mengawal emosiku dengan sempurna


Bakal Adamku..
aku terlalu menginginkan cinta selepas dirimu sah keatasku
aku terlalu mengimpikan suaraku ini hanya bisa menemani tidurmu,
tatkala aku ini adalah isterimu yang halal
aku terlalu dambakan kecantikanku ini hanya untuk engkau suamiku

Jika hatimu yakin aku adalah wanita yang Allah kurniakan untuk kau bimbing
Jika sempurna agamamu
Jika cukup sedia dirimu
Maka aku relakan jika dirimu meminangku tanpa kita bersua muka, tanpa kata
hanya hati yang datang bersama keyakinan daripada Allah swt
kerana engkau telah berdoa untuk ini, maka pastinya hati ku bisa menerima untuk itu
dan ambillah aku sebagai suri hidupmu
jika engkau sudah bersedia menjadi khalifah bukan sahaja di dunia, tetapi kepada keluarga kecil kita kelak
dan aku, aku akan menjadi wanita terbaik yang pernah engkau impikan
dan pastinya yang akan memimpin bersama tanganmu ke syurga Allah
Ammiin..

 Maka bakal Adamku..
Jangan pernah biarkan aku menunggu lama kedatanganmu
sehingga satu masa aku berpaling akan berpaling dari jalan ini
dan ketika itu, aku hanya akan menyerahkan segala galanya pada Allah
untuk menentukan masa,tempat dan ketika bila kita akan di satukan
dan ketika itu juga, aku hanya akan bertawakkal..
dengan segala kemungkinannya



Dari Bakal Hawamu,

nasuhamanibrahim








Ahad, 14 Oktober 2012

Review Filem "Aku Terima Nikahnya" Part 2

Assalammualaikum wbt
Bismillahirrahmanirahim



ini buktinya u ollsss.. bukan main review membuta tuli hatiku ini. hihi

ok, sambung

part kedua kita focus pada adi putra after accident lepas jogging tepi jalan, padahal ade je track joging, tapi tepi jalan jugak dia nak, kat situ ade tergelak cket, sebab yang langgar dia tu kete kat dalam ade bini orang nak bersalin, sempat lagi husband org tu buat lawak, da buat lawak pastu langgar orang.. tu paling sadis,
nasib isteri die yang nak bersalin tu tak tahu lak.. 

1) lepas dari adi putra accident, nora try her best untuk mengembalikan ingatan husband dia yang macam orang sengal ni. ye la, kok ye pon kau hilang ingatan kan, pastu ko sedar2 ko ade wife yang cun/cantik/solat tak tinggal/lemah lembut.. agaknya kaum lelaki mana lah yang tak tolak wanita secantik nora danishhhh niiiii.., patutnya terima je la.. kan da ade isteri perfectt! nak ke tolak? nak ke? nak ke? hihi
Adi asyik tolak semuanya apa yang nora buat, for me la, kalau nak lebih touching lagi, buat la watak adi tu betul betul benci pada nora ni, ade dia marah, tapi tak berapa marah sangat, kalau marah & benci betul betul kan lagi besttttt, baru la sedih je tengok watak nora yang tabah even perangai lelaki dia dah macam tu.
nanti korang tengok sendiri mcmana usaha nora nak kembalikan ingatan suami dia k?! part nora pura2 jatuh dalam laut tu, comel! semua orang dalam panggung gelak. kihkih

2) tak de watak penggoda. hakikatnya, kesian kawan nora dalam citer tu, tak ingat nama watak tu sape, tapi kesian jugak la kat dia sebab dia tak berniat pon nak amek di adi ni dari nora. dia datang rumah dorang pon mesti dia nak cari nora, tapi peliknya asal dia dah sampai umah je, nora mesti tak de, si adi ni je yang ade. memang nak buat cerita kan?! 

3) ni paliiiiinggg geraaaaaaaaaaaammmmmmm!!! lepas satu hari nora mintak adi lepaskan dia sebab dah tak tahan dengan sikap adi yang tak pernah nak bagi peluang pada nora, esoknya tu adi baru lah nak sakit sakit kepala terbayang nora. kihkih. geram laaa! lepas sakit kepala dia terus pengsan and dalam nak pengsan tu dia teringat la saat saat dia nikah dengan nora...kannnnn geram! bini kau dah minta cerai baru nak ingat! hihi
lepas je pada tuh, terus dia kejar nora, nora yang duduk kat tepi jeti tengah tengok video adi lamar dia dulu dulu kat ipad, tiba2 adi datang cakap dia dah ingat. hahaha.. itulah ending dia u olsss!!!
gerammmmmm xxxx???

4) Ini ending version aku dan kawan2 simpulkan, dengan pengalaman, keupayaan dan kepakaran yang kami ada, kami rasa ending dia akan lebih membuat air mata meleleh leleh kalau macam ni >>
- Nora pasrah dengan takdir, dan merancang nak pergi jauh dari malaysia untuk lupakan adi, adi pulak dah fall in love dengan kawan nora tu, and dorang dah plan nak kahwin. tiba saat adi nak akad nikah dengan kawan nora tu.. bila dia sebut "aku terima nikahnya..." terus adi macam nak pengsannnnn, lepas nak pengsan tu baru dia teringat kan saat saat dia pernah nikah dulu dengan nora danish and dia terus ingatttt semuaaaanyaaaaaaaaa...nora plak dah bawa diri ke korea selatan...menangis2 kat tepi pulau nami sebab teringatkan adi.. kehkeh.. baru lahhh sesuai dgn tajuk, betapa besarnya kalimah "AKU TERIMA NIKAHNYA" tu
pastu bersambunggg.. buat aku terima nikahnya part 2 versi drama..=)!

ending mana lagi best? jujur, jujur, jujur!???!!! hehehe

pada yang baru lepas putus cinta ke kecewa ke, jangan takut nak tengok citer ni ye, takut menangis tak henti ke ape, seriously tak pon! sbb citer ni blom tahap sedih terlampau lagik. 


tudung biru tu kawan nora yang bukan penggoda. cian dia! hihi


oklahhhhhhh!! thank u sebab baca ye!
jangan lupa solat!
babaiiiiiiiii!!!!








Review Filem "Aku Terima Nikahnya"

Asalammualaikaum wbt
Bismillahirrahmanirahim...

aku baru je tgk citer ni mlm tadi dengan my girlfriendddss!
mesti korang tengah teruja nak tahu kan?
sebab nak tengok dengan bf katenye!
hahaha
ish.. jangan , jangan.. tengok dengan husband ok la! boleh buat pengajaran skit pada lelaki lelaki kat luar sana tu!=)

overall, citer cinta ni happy ending la..
erm.. i hope it will be sad ending..
but im totally wrong!

scene and camera shot ok! tiptop sbb view memang cantikkkk sangat!
rumah adi buatkan untuk nora sangaaaaaattttttt coooolllllll u olssssss!!!
tersangattttttttttt.. !!!
tapi yang peliknya citer ni less script which is sometime ok sebab tak de melalut lalut sangat kan
watak nora danish & adi putra ni romantic, tapi tak byk scene dorang talk each other BEFORE adi ni accident
watak romantic as husband & wife tuh stereotype je, scene kejar2 la, scene joget2 kat balkoni la, man sahiba la.,pastu adi letak ayat cerai nora marah. kihkih.
mcm nothing special moment romantic la utk diingati,
konon macam adi buat suprise kat nora keeeee.. suprise yang out of the box!
and the most missing thing dlm filem ni, tak de lagu yang betul2 touching, i mean, if filem ombak rindu, even tak sedih sangat, tapi bile lagu ombak rindu adira n hafiz tu kuar, tros nangis leleh leleh..padahal lagu je yang sedih!

and then, after adi putra accident! ni part paling aku aduh!!! big question mark kat situ..
bayangkan eh, korang cube bayangkan laaaaa..
korang cube bayangkan yang korang tuh nora danish (i hope im sbb nora sangat cantik!)hihi
bayanggggkannn laaaa...
kalau suami kesayangan korang accident,
pastu korang tahu dia kat hospital kan
sempat ke tak korang nak amek eyeliner, lipstick, foundation , premier base apetah lagi untuk letak kat muke!??
tu suami korang tengah koma tu taw.. sempat x? sempat x? sempat x?
agak2nye la, kalau aku yg kat tempat dia, pakai kasut pun terbalik kot!
nak amek sikat rambut pon tak sempat , apatah lagi nak g buat curly2 kepuk2 bagainye..
tapi nora danish boleh lagi pakai high heels 5inci u ollsss!!
hihi..
kat situ dah nampak kurang natural nya filem melayu! jauh beza dgn hollywood!

ok jap lagi continue lagi review filem ni k! 
solat maghrib jommmmmmmmmmmmmmmmm!!=)






Jumaat, 12 Oktober 2012

pot pet pot pet tentang braces!



Assalamualaikum wbt

did u follow my blog? 
klik kat tepi blog tu>>
ada tulis join this site
nanti i belanje u olls eskem magnum sensorg..
tapi tunggu follower more than 1 million la.
kehkeh..
promise ni!
(impposible promise) sorry!=)

actually nak write something yggg paaaaaannjaaaaaaaaaagggg tntg braces ni
tapi tibe2 mood ter off dgn sendirinya..
so ni kire teaser ala ala manja je la eh
kihkih

before and after


k,bai!


Rabu, 10 Oktober 2012

Tiada simpati disini

Assalammualaikum.. Ya ukhti muslimah
Bismillahirrahmanirahim..

disini bukan untuk aku melepaskan simpatiku
simpati untuk meminta belas kasihanmu
bukan juga untuk menjadi pengadu domba
apatah lagi untuk jadi perempuan hipokrit lagi sialan

TIDAK
aku tidak pernah paksa untuk kau bacakan ruang ini
aku tidak paksa untuk kau hayati
mana yang baik kau ambil
mana yang lemah
maaf, jangan jadikan pengajaran dengan kelemahanku
untuk mengajakmu bangun tatkala jatuh
aku masih belom layak
itu aku maaf minta

TAPI
kita cuba..
kita cuba untuk itu..
kerana apapun, hidup tetap perlu dijalankan
kaki tetap perlu memijak bumi ini
memijak bukan saja pijak tanpa langkah
tapi pijak bersama hati depan bukan pandang belakang
walau belakangmu ada manisnya
tapi bukankah kerana manis itu
pahit ini yang kau rasa?
maka kedepan. langkahmu.

kepada Allah swt juga diri ini berserah
pada takdir
pada ujian
pada jodoh
pada hati
pada dugaan
pada cinta
semuanya atas kehendak DIA.
maka DIA la TUHAN paling Maha Mendengar
jadi kepada dia aku dengarkan
dan ruangan ini 
ruangan ini sebagai diari hati
diari hati seorg aku meniti hari ini
tak pe. tak baca . tak pe.
aku tak pernah paksa.


Ya Ukhti Muslimah.
Bangun bersama aku
bangun dan pimpinlah aku
kerna aku kata aku kuat
tapi aku masih menunggu kekuatan dari Allah.
jadi.. bangun sebelah aku
cipta ukhuwah fillah..
insyAllah.. jika engkau bangkit
maka aku juga akan bangkit.
SubhanALLAH..




Ya rabb.. sekali lagi di atas sejadah cintaMu

Allah..
Allah..
Allah..
sungguh aku tidak mampu
diri ini terasa terlalu lemah dengan dugaan maha hebatMu ini
sungguh Allah..
aku masih lemah
kaki masih longlai
hatiku masih parah
jiwa tak berdarah
dan diri.. diri terasa seperti tidak lagi bersama sang roh dan jasad

saat harapan hanya tinggal harapan
saat janji hanya tinggal janji
saat hati ini dilukai
saat itu juga.. aku tewas dengan air mataku
Ya Rabb.. bukan aku tidak pernah menghadapi dugaan sehebat ini
bukan aku tidak pernah merasai kesakitan lain sesakit ini
bukan aku tidak pernah alami jiwa retak seperti ini
Tapi yang ini, terlalu suci dan ikhlas niatnya
terlalu tinggi impiannya
terlalu jauh cita citanya
dan aku rebah di tengah jalan
di atas sejadah cintaMU
di sedang ayat ayat cintaMU
maka saat yang seharusnya aku kuat
aku lemahkan dengan air mata
walaupun Kau telah yakinkan aku berkali kali
"ini ujian untuk hambaKu
ujian samada untuk menaikkan darjat seseorang
atau menambah keimanan diri
maka berimanlah kau kepadaKu.."

dunia hanya sementara ini aku bazirkan dengan air mata
dunia yang tidak kekal ini aku kecewakan dengan duka
dunia yang fana ini aku amalkan dengan cinta dunia
MasyAllah..

Allah... Maaf atas kelemahan hambaMu ini
Maaf atas ketidaktabahan insan lemah ini
Maaf atas kekecewaan cinta dunia yang terlampau ini
Maaf Ya Rabb..
Sungguh.. aku perlu kekuatan..
Sungguh Ya Allah..
Sungguh..!





Selasa, 9 Oktober 2012

Tulisan aku untuk Allah..

Ya Allah..
Ya Rabb..
Ya Mutakkabbir..

titipkan kepadaku kekuatan yang aku mampu untuk tanggungi
aku tak bisa untuk terus begini
MasyaAllah.. diri terasa lemah dengan dugaan yang Kau berikan
sedangkan aku mngerti, ada lagi dugaan yang lebih besar pernah Kau beri

mungkin aku terlalu setia
mungkin aku terlalu mengharap pada yang tak pasti
mungkin aku terlalu termakan dengan janji2
dan mungkin cinta aku kepada manusia melebihi cintaku padaMU dan Muhammnad saw
SubhnAllah..
maafkan aku ya Allah
disaat Engkau mengharapkan cinta dan tangis hambaMu yang kerdil ini
disaat itu kau tarik segala cintaku kepada manusia
malah manusia itu juga kau biarkan hatinya berpaling kepada ku
Engkau yang menyebut "kunfayakun" untuk kisahku
maka jika Engkau berkehendakan ianya terjadi, maka jadilah ia..

Ya Saami'
aku redha atas pemergiannya kerana ini yang telah dirancang olehMu
Engkau sahaja Maha Mengetahui setiap isi hati hambaMu
tiada seorang pun yang tertinggal
dan tiada seorang pun yang Kau tinggalkan melainkan jika mereka syirik kepadaMu
maka jagailah hatiku untuk bisa istiqamah dalam penantian ini Ya Rabb
maka lindungilah aku daripada bisikan syaitan laknatullah
maka perihalah diriku daripada anasir buruk lagi kotor
kerana untuk yang kesekian kalinya
aku nyatakan yang aku tidak akan berpaling dari jalanMu
merasai keindahan sahaja sudah cukup nikmat
dan tak mungkin, tak mungkin aku jauh dariMu Allah..

dan aku redha
redha dalam tangisku
walau Kau jauhkan hatinya dari hatiku
malah saat itu aku redha
kerana hatiku semakin dekat denganMu
jadi itu sudah cukup bagiku
sudah cukup alasan itu membuat aku tenang
biarkan dia pergi..
jangan diriMu yang pergi dariku ya Allah..
tanpa dia aku masih bisa bernafas walau tanpa diri
tapi tanpaMu aku tiada apa apa
tanpa nikmat daripada Kau ya Allah, aku bukan sapa sapa



saat Kau hilangkan itu, terima kasih ya Allah kerana Engkau tidak hilangkan ini dariku=')



















Isnin, 8 Oktober 2012

Walau tak punya cinta

Asalammualaikum wbt.. 
Bismillahirahmanirahim..

Masih lagi tentang cinta ke entry kau ?
kehkeh
begitu kuatnya kuasa CINTA , kan?!
dan aku memang lalui hari hari aku ni tanpa cinta
sedih?
memang!
tapi aku BERSYUKUR pada Allah kerana saat cinta aku pada manusia itu pergi
cinta aku pada ALLAH swt pula yang makin kuat!
Subhanallah!!!
hebat kan perancangan Allah?

Ya ukhti muslimah,
hidup itu umpana sebuah buku yang telah tertulis.
dimana kita lahir, siapa keluarga kita, apa dugaan kita, siapa jodoh kita..
malah jodoh sendiri telah tertulis di luhmahfuz
semuanya telah tertulis, kita cuma melakonkan sabgai watak yang terbaik
jika kita memilih untuk menjadi watak antagonis, maka pengakhirannya juga negatif
andai kita memilih untuk menjadi heroin terbaik, maka di akhirnya kita akan bahagia
biarlah hero yang ditentukan itu datang dengan sendirinya
tak usah kita mencari dia
jika dia rasa dia memerlukan tulang rusuk kirinya ini,
dengan kuasa Allah swt dia akan datang dihadapan kita
KEEP on praying the best form Allah swt!

Bersabarlah ya ukhti..
kita tahu Allah ada kan
kita tahu betapa Allah sayangkan kita kan
kita tahu Allah maha Adil kan
kita tahu Allah berikan kita untuk kuat kan
kita tahu Allah bagi kita ujian kerana kita mampu untuk lalui ujian ini kan
soo?!
what are u questioning about?
who are u to deny Allah kindness?
who are u??

tak punya cinta manusia tak mengapa
janji cinta pada Allah kita tak hilang
when u stop searching your prince
and keep Allah as your KING in your heart
InsyAllah.. one day Allah will send the one and of course its the best for u
just be patient
im also try my very very very best to keep patient on waiting him! =)

and  huh! dont forget to smile girlssss!!!






after 3 years...

Asalammualaikum wbt..

ape yang after 3 yearssss tuh?!
hurmmmm..
hermmmm..
harmmmmm..
yes, after 3 yearssss, i have been single again! yes again!
and im proudly said that, hey girls, im single in 22 years old!
ok what?!
baru 22 tahun single nak ghisau gapo dio la sue..

and im proudly announce that..
i DONT WANT any love from any man
seriously i DONT WANT!
eh, ni bukan cakap sebab aku dah beralih gender kekasih ye.
owh tidak mungkin sama sekali bende laknatullah tu terlintas u olls
geli geliman rasenyeee.. eyuwwww..
even kaum lelaki ni memang semuanya sama *typical word*
tapi i believe.. one day..
my man aka my future husband will come to me eh not to me
kalau dia gentelman tros come to my house and meet my parents
howwww nice?! kan?
insyAllah.. Kunfayakun.. and iam still pray for this situation.

NO LOVE BEFORE MARRIAGE!
strongly believe this statement!
igt kalau couple 3-9 tahun tu lepas kawin boleh ke kite 100% faham husband kite?
tak..
ya aku bilang tidak.
sebab tgk yang couple bertahun2 pun, lepas kawin ade je problemnye..

bukan nak menidakkan lumrah seorg manusia
tapi aku sendiri dah penat nak fikir title sebagai "girlfriend"
nothing with this title
dalam islam pn x de sebut..
tapi itu la.. kite je dimomokan dgn pertanyaan "eh ko couple ngn sape skrg ni?"
mcm couple tu wajib bagi setiap remaja plak kan!

i dont have any love anymore
i dont have any love to boyfrenz anymore.
i will keep my love just for my future husband..
yes, i will.
doakan yang terbaik untuk saya..=)








Sabtu, 6 Oktober 2012

Putus cinta itu ibarat cancer tahap ke5

Asalammualaikum wbt

Ye la.. pokok nya memang belog ini macam untuk semua wanita yang tengah frust menongeng kat luar sane tu
ini kira aku represent kan untuk korang
suara hati seorang wanita/perempuan/gadis/girlssss/bebi gurls semua

Aku tahu memang putus cinta itu sesak
sakit woooooooo
orang cakap "alaaaaa ko ni,putus cinta pon nk kecoh ke bai,ramai lagi lelaki kat luar sana tu, pilih je ko nk mane. shahir af tu pon single, imam muda naufal pon single (ok, aku hyperbola) "
itu yang ckp mcm tu, yg cakap macam ni " eh ko ni,hilang bf mcm mati laki"
ada jugak yang macam ni "eiii, wanita jenis hape kau ni,sikit2 nangis, sikit2 nangis, da dia da pergi tu biorlah"
erk!
macam2 sangat persepsi orang lain terhadap mereka yang menangisi keputusan kecintaan ini

Ya.. melepaskan orang yang bukan lagi hak kita itu wajib
sebab ape?
heyyy! dia bukan hak kite lagi laaa.. bukan suami kite pon
so what??!kau nak persoalkan pada dia kenapa tinggalkan kau?
errrrrrrrrkkkkkkkkkkkk!

Kadangkala, kita menangisi saat janji kita pada si dia untuk hidup bersama hancur lebur mcm tu je
then kita mula la fikir.. yg kita takkan dpt lelaki lain sebaik die
ishhh
aku juga fikirkan begitu dulu. yela, fitrah kita org ppuan emosi lelebih kan..
ishk!>?

Ini aku nak kongsi sikit tips2 yang aku buat saat aku heartbroken..

1) Bangun untuk Qiamulail
- MasyALLAH.. ini nikmatnya sangat besar ya muslimah. saat ini aku menangis teresak2 pada Allah. Waktu ini aku bangun untuk mengadu nasibku,ujianku,dugaanku yang aku rasa sangat hebat, malahan ade yang lagi hebat daripada aku. Di waktu ini, jaminan ketenangan yang kau dapat sangat diperakui oleh jakim. eh, tetibe jakim lak ni. kehkeh.. Fyi, seumur hidup aku 22 tahun ni, aku tak pernah pun bangun sendiri untuk berqiamulail. JUJUR! pernah la..masa kat asrama dgn sekolah rendah dulu.. tapi itu pun kerana mengikut jadual manusia yang tetapkan. tido kat surau reramai. then smpai masa dlm pkul 4 pagi tu cikgu kejut suwoh bangun. padahal malam tu tido lambat dok gurau2 ngn member. hihi. malah mase tu, ape aku tahu tentang nikmatnya Qiamulail..budak kecik yg mcm tak berapa nk hayati sangat bende2 ni. sujud masa qiam tu pon ala ala separuh tidur separuh sedar. tahu2 ustaz da bangun cepat2 bangun dr sujud dengan mata berkabur dlm hati "eh kat mana aku ni?" haha.. itu zaman kecik ler. tetapi bila aku buat dengan kehendak aku.. SUBHANALLAH.. nikmatnya sangat besar, dan kini aku masih rindu waktu dan saat berqiamulail..

2) Solat istikharah
- Ini penting. Betapa Allah itu sayangkan hambaNya sampai tang kite nak buat pilihan pun, Allah anugerahkan kita solat istikharah yang begituuuuuuu indah. Ni bukan nak bangga diri ke hape ye, tapi ini melalui pengalaman aku sendiri. nak kongsi dgn muslimah kat luar sana. Betapa Allah akan beri kita jawapan, jika tidak dalam mimpi, apabila kita sendiri merasa tenang selepas berdoa istikharah itu, maka disitu lah jawapan yang Allah beri. Tenang kita bererti kita perlu lepaskan dia kerana obviously, dia bukan yang terbaik untukmu. So, what are u waiting for? lets istikharah.. jgn takut jika jawapannya bukan seperti hati kita inginkan. cukuplah kita tahu, yang Allah itu maha adil. jadi? just THINK

3) Keluarga
- Part ni aku sedih plus plus. alhamdulillah.. aku punya keluarga yang baik. saat aku bersama mereka, sedikit sebanyak masalah aku hilang. walaupun x semua boleh hilang, tapi sikit tu lebih baik daripada x de lansung kan? Lagi lagi emak. ya emak.. emak makhluk yang sangat suka aku jadikan titik tolak saat bangun atau jatuh. hey girls.. mom is the best person ever, kan?! Saat boipren kite get lost, but emak never lost with us.
kalau aku dapat sedikit ketabahan dari emak, MasyAllah.. aku nak tabah itu. emak, i love u so much. did u hear me mak? (tearsssssssss....='(....



tanpa mereka aku tiada

4) Delete semua tentang dia
- Actually ni part paling best taw, hang nak bakar ke, nak buang kat laut mcm buang saka kat laut tu, ha buat la mcm tu, letak dlm botol kaca tertutup, sape bukak habis kene jadikan tuan. kehkekh. kumpul ape saja yang dia pernah bagi , kumpul dan buang. x yah nak asingkan mana kaca,mana kertas mana plastik, ni bukan iklan kitar semula ok, ko tengah emosi tu sempat lak nak fikir semua tu. hehe. bila da bakar, abu tu kutip letak dalam labu sayong, pastu pos kat boipren ko tu, katekan ini abu hatiku yang kau sakiti. hahaha. extreme lorh. eh!

5) Vacation!!!
-For the last one, dunia yang Allah swt beri ni kan indah sayang sayangku semua. indahhhhhhhhh sangat. so  gunakanlah sebaik yang mungkin. pergi laut ke, pergi pulau ke, pergi daki gunung ke.... ape2 la janji related dgn nature. insyAllah, kau boleh tenang. im on my berangan2 nak pergi pulau yang cantik. pulau perhentian maybe.. nk tenangkan fikiran u ollsssss..=)


so, dah! cakap memang macam senang kan tips ni, tp yang alaminye tu
mahu bertahun jgak luka
walaupun vacation kat korea selatan sekalipon
ape tak nye, g korea plak tempat winter sonata tu kan,
mula la hati sedih sbb baru heartbroken, g plak tmpat romantik.
damn sesgt tuh! hehe

Apa apa pon ya ukhti muslimah...
berbalik kepada Allah swt
sebab disitulah ketenangan paliiiiiiiiiingggggggggggggg abadiiiiii..
kat mana pon kite tak jumpa taw
hanya saat dalam sujud pada Allah tu la..
kita jumpa satu rasa yang sangat lain
lain laaa... betul .. lain..
ok dah ponat type, babai !!! =)







Kenapa aku ya Allah?


Asalammualaikum wbt


Merintih hati ini lagi
kembali mengadu nasib kepada Allah swt
Ya Rabb..Kenapa aku yang kau pilih untuk mejalani dugaan hebat ini?
Ya Latiff..Hati ku ini adakah memang nggak punya lagi ruang untuk cinta?
Ya Sami"..Apakah doaku selama ini tidak dimakbulkan?
MasyAllah..
istighfar nasuha..
Saat soalan2 bodoh kau tanya pada Allah..
Padahal Allah sudah menjawabnya didalam alquran sejak kau tidak terlahir dan terlihat dunia lagi


“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.” ( al-Imran:139)

See... Allah already show u the best..
and of course, what u want is not always good and benefit for u
so Allah give u what u need..
Subhanallah...


Allah swt just miss with your tears...
Allah swt  just want to help u grow..
Allah swt just want to show u better person than him..

So just be patient nasuha
Keep your crying to Allah swt..
kerna saat kau menangis didalam sujudmu
Allah itu maha mengasihani, lagi maha penyayang
Yang penting tangis kau bukan tangis derita
bukan tangis merana
bukan tangis kerana kehilangan mereka yang masih bukan hakmu
Tetapi nangismu kerana terasa Allah swt itu dekat
air matamu jatuh kerana merasa Allah swt itu adil
jadi usah lagi kau persoalkan kepada Allah..
soalan2 bodoh lagi jahil..
stop asking "why me Allah"
because Allah swt will answer "Because u are the chosen one Nasuha"
MASYALLAH..
can u imagine how extremely Allah swt love each of us.
yes, each of us.
SUBHANALLAH..

Maka ujian ini anggaplah ia sebagai penawar hati
anggaplah ia sebagai ujian memantapkan lagi imammu..
kerna disitu pasti ada hikmah disebalik duka..
pasti ada cahaya dihujuuuuuuuung kegelapan...

Jadi Nasuha ..
Bersabarlah..
Bersabarlah..
Bersabarlah..





Jumaat, 5 Oktober 2012

pelangi senja itu sekejap

Asalammualaikum wbt.


ini lagu yang betul2 buat hati rasa .. hurm.. just like hurmmmm...u know.. hurmmmm..



Ku bermimpi
Engkau Kembali
Wajah tenang kau berkata,
Sayang, aku cinta

Namun kita takkan bersama,
Dikau pergi takkan kembali
Sesal...Ku kecewa...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Ku terjaga
Dari mimpi lena,
Sedar pipi dibasahi,
Tangisku sendiri...

Merintih perasaan ini,
Tiada kata mampu diungkap...
Tiada yang mengerti...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Jika mampu ku kembali,
Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Jika mampu ku kembali,
Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...

Kini hanya, tinggal kenangan,
Hanya waktu menentukan,
Kita kan bersama...




bait bait lagu ini betul2 buat aku tersentuh
ok, bukan nak ajak lalai untuk dgr lagu ni yeeeee
tp nak pesan kat semuaaaaaaaaaaaaa wanita di luar sana


APABILA ADA SEORANG LELAKI
YANG BETUL2 JUJUR DAN IKHLAS UNTUK MEMPERISTERIKAN DIRIMU
SEGALA USAHA DIA LAKUKAN UNTUK AMBIL KAMU MENJADI ISTERINYA YANG SAH
DAN PASTINYA BILA DIA SUDAH BETUL2 BERSEDIA UNTUK MENJADI IMAM MU

JANGAN PERNAH KAU LUKAI HATINYA
buat solat istikharah byk2
doa ..of course..
kerana bukan senang nak jumpa lelaki yang betul2 berniat untuk ambil kita utk jadi yg sah untuknya
ya.. ada.. tapi bukan senang nak jumpa

betul..
percayalahhhhhhhhhh..
jangan lah kau sia sia kan lelaki tu
sebab bila dia beralih arah,
kau akan jadi mcm lagu stacy ni
tapi lagu hanya tetap akan jadi lagu
even penulis lirik ni pn x alami ape yang dia karang tu
Dan kau.
kau yang alami
terkena kat muke setepek mcm tu ..
then nak menyesal pun tak guna  sayang2 ku semua..

Jadi..
apabila kau jumpa lelaki yang bersungguh ini
apabila kau temui lelaki yang baik akhlaknya
apabila kau dapat lelaki yang sujud nya hanya kepada ALLAH swt
maka jangan kau ragui hati mu lagi
minta pada Allah agar ini yang terbaik untukmu
Allah mendengar setiap apa yang kau katakan pada Nya..

sebab!
bila dia hilang, aduh.. time tu nangis air mata darah blue black sekali pon x kan dapat balik punye la.
betulll.. serius... betul... hihi

So wanita,
jangan pernah untuk melukai, jika tak nak diri anda dilukai
doa supaya apa yang anda ada sekarang ni adalah yang terbaik
jika dia bukan yang terbaik
maka dia akan jauhhhhhhhhhh..
jauuuuhhh darimu..
but its ok, at least u know that person is not sooo good for u.
kan!?