Khamis, 1 November 2012

Apa itu syafaat?

Asalammualaikum wbt

terasa seperti mahu berkongsi tentang ini
banyak kita dengar tentang syafaat 
kita berdoa untuk diberi syafaat pada hari di padang mahsyar kelak
tapi sejauh mana kita faham tentang makna syafaat itu sendiri?

ini aku baca dalam buku travelog haji muslimah. penulis Sabariah Md Udin
muku surat 219

Besar erti syafaat rupanya
Kesemua manusai akan berkumpul dan berbincang bagi mencari syafaat para Nabi
dengan tujuan supaya Allah melepaskan manusia daripada kepanasan matahari yang terik
dan mempercepatkan timbangan amalan manusia
Manusia akan dihitung amalan mereka sama ada mereka layak dimasukkan ke dalam syurga ataupun ke dalam neraka

Maka manusia pun beramai ramai berjalan selama 1000 tahu  mencari Nabi Adam. Sesudah menjumpai Nabi Adam, mereka pun berkata 
"Wahai Nabi Adam,engkaulah kekasih Allah yang dicipta dengan tanganNya, berilah kami syafaat untuk bermohon kepada Allah supaya dilepaskan kami daripada kepanasan hari akhirat ini."
Jawab Nabi Adam " Nafsi, Nafsi, (sendiri, sendiri) apalah pada diriku. Aku pun ada melakukan kesilapan, pergilah kalian mencari Nabi Nuh."

Lalu manusia pun beredar mencari Nabi Nuh selama 1000 tahunlagi dengan tidak ada perlindungan daripada panas matahari, kecuali oerlindungan Arasy bagi manusia-manusia yang tertentu.  Sesudah berjaya menemui Nabi Nuh, manusia berkata "Wahai Nabi Nuh, berilah kami syafaar untuk bermohon kepada Allah supaya dilepaskan daripada kepanasan hari akhirat"
Jawab Nabi Nuh, "Nafsi, Nafsi, apahal dengan diriku, Aku pun ada melakukan kesalahan dengan Allah, pergilah kalian mencari Nabi Ibrahim"

Maka berjalanlah manusia selama 1000 tahun lagi mencari Nabu Ibrahim dan apabila bertemu dengan Nabi Ibrahim, manusia pun berkata " Wahai Nabi Ibrahim kekasih Allah, berilah syafaat kepada kami supaya kami segera dilepaskan daripada kepanasan ini."
Jawab Nabi Ibrahim, "Nafsi, Nafsi, aku pun ada melakukan dosa dengan Allah, pergilah kamu mencari Nabi Musa."

Berjalanlah lagi manusia selama 1000 tahun dan ketika berjumpa dengan Nabi Musa, mereka pun berkata, "Wahai Nabi Musa yang berbicara dengan Allah, berilah kami syafaat supaya kami segera dilepaskan daripada kepanasan ini"
Maka Jawab Nabi Musa " Nafsi, Nafsi. aku pun ada melakukan kesalahan dengan Allah, pergilah kamu mencari Nabi Isa."

Manusia meneruskan 1000 tahun lagi perjalanan sehingga berjumpa dengan Nabi Isa dan manusia pun berkata, "Wahai Nabi Isa, berilah kami syafaat supaya kami segera dilepaskan daripada kepanasan hari akhirat." Nabi Isa juga menolak dan menyuruh supaya manusia memohon syafaat daripada Nabi Muhammad saw.

Sesudah berjalan selama 1000 tahun lagi, sampailah mereka kepada Nabi Muhammad saw, maka manusia pun segera memohon syafaat daripada Nabi Muhammas supaya mereka dilepaskan daripada kepanasan hari akhirat. 
Sebaik sahaj mendengar permohonan manusia, Nabi Muhammad saw terus sujud kepada allah dan bermohon supaya Allah melepaskan manusia daripada kepanasan padang Mahsyar itu dan supaya disegerakan hisab ke atas mereka.

ALLAHUAKBAR!

meluncur air mata saat aku baca cerita ini
ya Rasulullah..
sayang benar dirimu pada manusia
sedangkan kami masih gagal menjadi ummatmu yang terbaik
sepertimana yang engkau harapkan
Maaf ya Rasulullah

Sesudah Allah menerima permohonan Nabi Muhammad saw barulah perhitungan amalan dimulakan di mana yang baik akan menerima buku amalan dari tangan kanan, dan akan ke syurga
manakala yang ingkar akan menerima buku dari tengan kiri dan tempatnya di neraka.

MASYALLAH

tak dapat aku gambarkan keadaan dan saat2 nak terima buku amalan tu
sedang di dunia ni, kita nak g amik result spm pon cuak je rasanye
apatah lagi ini.

Beribu tahun kita berjalan di padang Mahsyar
semata2 utk mencari syafaat
ya. dan hidup didunia ini hanya sementara
jika nak dibandingkan dengan beribu tahun di padang mahsyar
dunia ni singkat
terlalu sekejap
ada orang smpai 60-80-90 tahun perjalanan hidupnya
tapi itu kira lama
kerana mati tak tunggu hingga kita tua
andai kita mati saat ini?
terlalu singkat hidup jika dibandingkan dengan di akhirat kelak
dan dari itu, aku dapat kekuatan
apalah sangat ujian di dunia yang Allah berikan
sedang dunia itu tidak kekal
apatah lagi jika kita mengharap pada yang tak pasti?

ya ukhti muslimah
perjuangkan dirimu
tinggikan martabatmu
andai manusia disekeliling mencaci penampilanmu
pedulikan
kerana dunia ini sekejap!
andai ada yang menyakiti hatimu
la tahzan!
kerana dunia ini sementara!
andai apa yang dihajati tidak terhajat
terus berdoa!
kerana dunia ini tidak zalim. malah jika kita berdoa yang terbaik.
maka Allah beri perancangan yang paling indah.

Subhanallah
Semoga kita sama2 mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW kelak.
Aamiin..

Hati



Aku bilang pada Allah
Supaya terus pegang tanganku jangan lepas dari perjalanan ini
Padahal sebenarnya Allah memang tidak pernah tinggal aku sendirian

Aku bilang padaNya
Yang aku tidak mampu untuk kuat
Padahal sebenarnya Dia telah titipkan kekuatan dalam hatiku tanpa aku sedari

Aku persoalkan pada Allah
Kenapa beri aku dugaan ini
Padahal sebenarnya Allah beri dugaan hanya untuk meningkatkan imanku 

Aku terus tanya Allah
Adakah aku ini hambaMu yang beruntung
Padahal aku tahu jawabanNya. Allah rindu aku. Lalu dia beri aku ujian dan kini aku tangis bersama dalam sujud syukurku

Allah
Aku masih tak mampu untuk mengerti
Perancangan apakah yang sedang Kau atur
Allah
Aku hanya akan bersamaMu tanpa jemu
Berdoa padaMu tanpa pernah berhenti
Menyakinkan diriku bahawa Engkau As Saami
Allah
Tetap andai itu suratan
Maka aku berserah
Redha walaupun redha itu ikhlas
Pasrah walaupun pasrah itu menyerah

Ya Allah..
Ya Rasulullah..
Aku rindu.



Hujan ini buat aku fikir

Its raining outside..
And i just feels that i couldnt sleep
Even the whether was so comfy to sleep tight.

What am i thinking about?
What am i feels right now?

Dear Allah.. Who make my heart like this?
You know Allah..
You know
And i know
U will know how i feels
And i also know 
Sometime u will give me something that i couldnt ever imagine
And i know Allah..
That i have to be patience

MasyAllah.

But i cant stop lying to myself
I cant
Allah. I cant. Im really sorry






Rabu, 31 Oktober 2012

Istikharah Cinta





Hamba itu lebih hampir kepada Tuhannya, apabila dia bersujud
Pada saat itu hati mula pasrah, segalanya terjawab melalui istikharah
Istikharah hari mendebungakan cinta dan menemukan jawapan
Jawapan yang pasti, dalam memburu cinta Ilahi. 
Percaya pada doa
Percaya pada Allah
Percaya pada hati
Percaya pada qada dan qadar
Jangan pernah merasa sangsi dengan perancanganNya
Allahuakbar. 
Maha Besar






My Wishlist.

Asalammualaikum wbt

Today is thursday
Malam ni malam jumaat
Banyakkan berdoa.. Bukan pd malam jumaat je
Malam2 lain pun Allah tak pernah berhenti untuk mendengar doa kita
:)

Semua orang ade impian, harapan, keberanganan.. Hihi
Semua org kan?
Kalau yg x de impian tu mmg hati dah kering tu der
Even kalau tanya kate middleton pun yg kite assume die almost perfect woman ever
Confirm die masih ade impian yg dia nak lagi.
Apatah lagi kita..

Ini lak wishlist yg aku keberanganan dari usia 1 bulan lagi 

1) aku nak jadi cikgu.
 Kenapa? Sebab jadi cikgu ni banyak sangat pahalanya. MasyAllah. Tak terhitung dek jari runcing aku ni. Dan i almost get the clue, pernah keluar stu tempat tu tapi lupa kat mana, they ask me, cikgu ke? Then i answer, tak la makcik, saya amek pengurusan pejabat je. Dok ketuk2 keyboard tu la keje saya nanti. Dulu, masa sekolah..berangan dengan siti normah(kwn aku yg garang n kuat merajuk tapi hati baik wo) , berangan dengan dia dalam kelas kosong. Sambil tiru gaya2 cikgu yang lain. "ok murid2 , pastikan semua homework saya siap!" skrip normal bile berangan.
Konon2 depan ade murid la, padahal hampeh, syaiton je tengah duduk kat situ gelakkan aku sebab berjaya buat aku berangan angan mernghabiskan mase senggang. Kuangjo punye syaiton.


2) Iphone5
Ini tok sah cakap banyak la. Ini perlu effort. Tapi aku memang gile apple. 

3) Istiqomah
Allah dan aku saja yang tahu. Malas nak gebang kat sini nanti korang cakap aku show off la ape la. Ceit!

4) Nak duduk oversea
Ini aku x tahu la, kecelaruan emosi kayaknya. Tadi nak jadi cikgu sgt. Pastu ni nak dok oversea lak. Kehkeh. Tapi aku memang teringin. Suke tgk org malaysia yg bermahutastin (abaikan spelling dlu b- je u olls) kat sane. Bestttnye! Lagi2 kalau dapat dduk kat korea. Ya Allah..rasa macam nak recording winter sonata versi jawa-bugis je kat sane! Nak dok oversea bukan sbb aku tak suka malaysia, tapi i dont know why, cuma nak tinggalkan malaysia yang banyak sangat pahit manis maung ni. Eh tapi, bukan nak jauh dr family okkk, family always comes first. I love my family. Cume kalau ditakdirkan aku dapat menapak diri kat oversea...im sure family aku pon seronok sebab dorg pon boleh join aku sekali sekala kat oversea tuh! -ok da stop, berangan tak sudah ko sue! 

5)  Belajar edit gambar
Kehkeh! No comment ! :p

6) Love after marriage
Poyo pon poyo la. Janji Allah suka. 


Ok buat masa ni, ini je. Tapi actually banyak lagi. Yang lain tu simpan dalam hati and doa je la suha. Bgitau korg pun bukan korg nak buat derma amal untuk beli iphone5 pon.  Amal la sgt tu!? Hihi.

Ok see u soon!
Have a great day
Sabar itu separuh dari iman
Separuh tu banyak taw! 
Kalau makan kek separuh tu boleh kenyang wo!
So sabar tu besar maknanya.
:)






im touched!

Allah!

seriously. im touched.
im touched with this kind of man.
salute him and her.
so much!


link. tengok cepat.
tengok.
sekarang dorg da kawin and dena pregnant already

Ya Allah.
Maha Adil. Maha Suci. Maha Bijaksana.

SubhanALLAH..

im also crying when i watch this video.

tersentuh!

Cinta berlandaskan Allah.
and thats why
im awaaaay from my facebook
im afraid, i couldn't have this super fairy tale story like this
im afraid, i cant stand my heart to be loved again. and hurt again

i dont afraid

because Allah is beside me
if he want me
he will ask Allah to love me

and yes.
im on my way to be your complete princess ever.

so not need to worry to love me before u see me
no need to hear my voice
no need to feels my soft hand
no need!

just need your pray to Allah
and my heart will step into your wishes.

Aamiin..

=)  

my facebook has been deactive

im away form facebook
because i think i spent so many waste time to login, see notification, click inbox, approve friend!
sorry for that
i just want to be alone
alone from dunia.
away from perkara lagha

maaf semua.

pergi tanpa ucap selamat

insyAllah aku akan kembali

tapi di sini aku akan tetap titipkan perasaan

supaya jika aku mati
kamu bisa baca dan fahami

supaya jika aku tiada
kamu tahu langkah mana mahu ambil

supaya jika nasuha hanya tinggal kenangan
kamu tahu aku punya ayat bermanfaat untuk bekalan di kubur

ya ukhti muslimah.
teruskan kuat
teruskan tabah
teruskan.
selagi nafas masih ada
teruskan.