Khamis, 1 November 2012

Apa itu syafaat?

Asalammualaikum wbt

terasa seperti mahu berkongsi tentang ini
banyak kita dengar tentang syafaat 
kita berdoa untuk diberi syafaat pada hari di padang mahsyar kelak
tapi sejauh mana kita faham tentang makna syafaat itu sendiri?

ini aku baca dalam buku travelog haji muslimah. penulis Sabariah Md Udin
muku surat 219

Besar erti syafaat rupanya
Kesemua manusai akan berkumpul dan berbincang bagi mencari syafaat para Nabi
dengan tujuan supaya Allah melepaskan manusia daripada kepanasan matahari yang terik
dan mempercepatkan timbangan amalan manusia
Manusia akan dihitung amalan mereka sama ada mereka layak dimasukkan ke dalam syurga ataupun ke dalam neraka

Maka manusia pun beramai ramai berjalan selama 1000 tahu  mencari Nabi Adam. Sesudah menjumpai Nabi Adam, mereka pun berkata 
"Wahai Nabi Adam,engkaulah kekasih Allah yang dicipta dengan tanganNya, berilah kami syafaat untuk bermohon kepada Allah supaya dilepaskan kami daripada kepanasan hari akhirat ini."
Jawab Nabi Adam " Nafsi, Nafsi, (sendiri, sendiri) apalah pada diriku. Aku pun ada melakukan kesilapan, pergilah kalian mencari Nabi Nuh."

Lalu manusia pun beredar mencari Nabi Nuh selama 1000 tahunlagi dengan tidak ada perlindungan daripada panas matahari, kecuali oerlindungan Arasy bagi manusia-manusia yang tertentu.  Sesudah berjaya menemui Nabi Nuh, manusia berkata "Wahai Nabi Nuh, berilah kami syafaar untuk bermohon kepada Allah supaya dilepaskan daripada kepanasan hari akhirat"
Jawab Nabi Nuh, "Nafsi, Nafsi, apahal dengan diriku, Aku pun ada melakukan kesalahan dengan Allah, pergilah kalian mencari Nabi Ibrahim"

Maka berjalanlah manusia selama 1000 tahun lagi mencari Nabu Ibrahim dan apabila bertemu dengan Nabi Ibrahim, manusia pun berkata " Wahai Nabi Ibrahim kekasih Allah, berilah syafaat kepada kami supaya kami segera dilepaskan daripada kepanasan ini."
Jawab Nabi Ibrahim, "Nafsi, Nafsi, aku pun ada melakukan dosa dengan Allah, pergilah kamu mencari Nabi Musa."

Berjalanlah lagi manusia selama 1000 tahun dan ketika berjumpa dengan Nabi Musa, mereka pun berkata, "Wahai Nabi Musa yang berbicara dengan Allah, berilah kami syafaat supaya kami segera dilepaskan daripada kepanasan ini"
Maka Jawab Nabi Musa " Nafsi, Nafsi. aku pun ada melakukan kesalahan dengan Allah, pergilah kamu mencari Nabi Isa."

Manusia meneruskan 1000 tahun lagi perjalanan sehingga berjumpa dengan Nabi Isa dan manusia pun berkata, "Wahai Nabi Isa, berilah kami syafaat supaya kami segera dilepaskan daripada kepanasan hari akhirat." Nabi Isa juga menolak dan menyuruh supaya manusia memohon syafaat daripada Nabi Muhammad saw.

Sesudah berjalan selama 1000 tahun lagi, sampailah mereka kepada Nabi Muhammad saw, maka manusia pun segera memohon syafaat daripada Nabi Muhammas supaya mereka dilepaskan daripada kepanasan hari akhirat. 
Sebaik sahaj mendengar permohonan manusia, Nabi Muhammad saw terus sujud kepada allah dan bermohon supaya Allah melepaskan manusia daripada kepanasan padang Mahsyar itu dan supaya disegerakan hisab ke atas mereka.

ALLAHUAKBAR!

meluncur air mata saat aku baca cerita ini
ya Rasulullah..
sayang benar dirimu pada manusia
sedangkan kami masih gagal menjadi ummatmu yang terbaik
sepertimana yang engkau harapkan
Maaf ya Rasulullah

Sesudah Allah menerima permohonan Nabi Muhammad saw barulah perhitungan amalan dimulakan di mana yang baik akan menerima buku amalan dari tangan kanan, dan akan ke syurga
manakala yang ingkar akan menerima buku dari tengan kiri dan tempatnya di neraka.

MASYALLAH

tak dapat aku gambarkan keadaan dan saat2 nak terima buku amalan tu
sedang di dunia ni, kita nak g amik result spm pon cuak je rasanye
apatah lagi ini.

Beribu tahun kita berjalan di padang Mahsyar
semata2 utk mencari syafaat
ya. dan hidup didunia ini hanya sementara
jika nak dibandingkan dengan beribu tahun di padang mahsyar
dunia ni singkat
terlalu sekejap
ada orang smpai 60-80-90 tahun perjalanan hidupnya
tapi itu kira lama
kerana mati tak tunggu hingga kita tua
andai kita mati saat ini?
terlalu singkat hidup jika dibandingkan dengan di akhirat kelak
dan dari itu, aku dapat kekuatan
apalah sangat ujian di dunia yang Allah berikan
sedang dunia itu tidak kekal
apatah lagi jika kita mengharap pada yang tak pasti?

ya ukhti muslimah
perjuangkan dirimu
tinggikan martabatmu
andai manusia disekeliling mencaci penampilanmu
pedulikan
kerana dunia ini sekejap!
andai ada yang menyakiti hatimu
la tahzan!
kerana dunia ini sementara!
andai apa yang dihajati tidak terhajat
terus berdoa!
kerana dunia ini tidak zalim. malah jika kita berdoa yang terbaik.
maka Allah beri perancangan yang paling indah.

Subhanallah
Semoga kita sama2 mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW kelak.
Aamiin..

3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. juz drop by here and trus follow. fall in love dgn ur words. best!

    BalasPadam