Rabu, 10 Oktober 2012

Tiada simpati disini

Assalammualaikum.. Ya ukhti muslimah
Bismillahirrahmanirahim..

disini bukan untuk aku melepaskan simpatiku
simpati untuk meminta belas kasihanmu
bukan juga untuk menjadi pengadu domba
apatah lagi untuk jadi perempuan hipokrit lagi sialan

TIDAK
aku tidak pernah paksa untuk kau bacakan ruang ini
aku tidak paksa untuk kau hayati
mana yang baik kau ambil
mana yang lemah
maaf, jangan jadikan pengajaran dengan kelemahanku
untuk mengajakmu bangun tatkala jatuh
aku masih belom layak
itu aku maaf minta

TAPI
kita cuba..
kita cuba untuk itu..
kerana apapun, hidup tetap perlu dijalankan
kaki tetap perlu memijak bumi ini
memijak bukan saja pijak tanpa langkah
tapi pijak bersama hati depan bukan pandang belakang
walau belakangmu ada manisnya
tapi bukankah kerana manis itu
pahit ini yang kau rasa?
maka kedepan. langkahmu.

kepada Allah swt juga diri ini berserah
pada takdir
pada ujian
pada jodoh
pada hati
pada dugaan
pada cinta
semuanya atas kehendak DIA.
maka DIA la TUHAN paling Maha Mendengar
jadi kepada dia aku dengarkan
dan ruangan ini 
ruangan ini sebagai diari hati
diari hati seorg aku meniti hari ini
tak pe. tak baca . tak pe.
aku tak pernah paksa.


Ya Ukhti Muslimah.
Bangun bersama aku
bangun dan pimpinlah aku
kerna aku kata aku kuat
tapi aku masih menunggu kekuatan dari Allah.
jadi.. bangun sebelah aku
cipta ukhuwah fillah..
insyAllah.. jika engkau bangkit
maka aku juga akan bangkit.
SubhanALLAH..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan