Isnin, 29 Oktober 2012

Tinta Buat Adamku

Wahai bakal adamku,
Sungguh, aku tidak menginginkan cintamu lagi
Malah aku tidak mahu segala kata kata madumu
Apatah lagi jika engkau persembahkan aku segunung harta kekayaan dunia
Sungguh! bukan itu yang aku mahukan.

Tapi aku mahukan kebenaran hatimu
juga ketulusan yang akan menyakinkan hatiku
bahawa engkau adalah kiriman dari Tuhan Maha Esa, As Saami'
untuk menjaga seluruh aku dan hidupku kelak
juga membentuk akhlak ku walaupun tidak setanding akhlak Siti Khadijah r.a
tapi jika dengan adanya engkau, aku rasa sempurna didalam kekurangan
Maka pandulah aku dan hatiku ke jalan yang pastinya lebih terang dan tenang

Bakal Adamku dan pendampingku..

Jangan mengharapkan aku untuk menjadi secantik wanita lain yang kau lihat
kerana aku tidak akan selamanya begini
Jangan meyakinkan dirimu yang aku ini manusia yang tidak pernah ada silapnya
kerana aku cuma aku, wanita biasa yang punya silap lantas perlunya engkau untuk memegang tanganku erat dan jauh itu
Jangan terlalu merasakan aku akan sentiasa tersenyum untukmu,
kerana aku ini wanita, yang punya 9 nafsu dan cuma 1 akal untuk berfikir.. dan dgn itu, aku tidak akan selalu bisa mengawal emosiku dengan sempurna


Bakal Adamku..
aku terlalu menginginkan cinta selepas dirimu sah keatasku
aku terlalu mengimpikan suaraku ini hanya bisa menemani tidurmu,
tatkala aku ini adalah isterimu yang halal
aku terlalu dambakan kecantikanku ini hanya untuk engkau suamiku

Jika hatimu yakin aku adalah wanita yang Allah kurniakan untuk kau bimbing
Jika sempurna agamamu
Jika cukup sedia dirimu
Maka aku relakan jika dirimu meminangku tanpa kita bersua muka, tanpa kata
hanya hati yang datang bersama keyakinan daripada Allah swt
kerana engkau telah berdoa untuk ini, maka pastinya hati ku bisa menerima untuk itu
dan ambillah aku sebagai suri hidupmu
jika engkau sudah bersedia menjadi khalifah bukan sahaja di dunia, tetapi kepada keluarga kecil kita kelak
dan aku, aku akan menjadi wanita terbaik yang pernah engkau impikan
dan pastinya yang akan memimpin bersama tanganmu ke syurga Allah
Ammiin..

 Maka bakal Adamku..
Jangan pernah biarkan aku menunggu lama kedatanganmu
sehingga satu masa aku berpaling akan berpaling dari jalan ini
dan ketika itu, aku hanya akan menyerahkan segala galanya pada Allah
untuk menentukan masa,tempat dan ketika bila kita akan di satukan
dan ketika itu juga, aku hanya akan bertawakkal..
dengan segala kemungkinannya



Dari Bakal Hawamu,

nasuhamanibrahim








Tiada ulasan:

Catat Ulasan